Raja Nazrin beri isyarat jelas supaya PM berundur

Abdul Aziz Mustafa
Harakahdaily

Ketua Penerangan PAS Haji Mahfuz Omar menyifatkan ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah baru-baru ini sebagai isyarat yang jelas dari Raja-Raja Melayu supaya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur segera berikutan kegagalannya meminggirkan habis-habisan mereka yang tidak cekap, tidak berkebolehan dan lebih dari itu, mereka yang mengamalkan rasuah.

Ketika ditemui selepas majlis ceramahnya di sini, Mahfuz berkata, beliau yakin apa yang disuarakan oleh Raja Nazrin itu adalah suara raja-raja Melayu keseluruhannya.

“Ramai pemimpin Umno sendiri, termasuk di peringkat tertinggi, yang memberitahu saya bahawa raja-raja Melayu begitu tidak senang dengan keadaan kucar-kacir dan kemelut di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang,” katanya.

“Ucapan Raja Muda Perak itu harus dilihat sebagai satu panduan oleh rakyat dalam membuat keputusan dalam pilihan raya umum akan datang. Raja-Raja Melayu jelas mahu rakyat meminggirkan habis-habisan mereka yang tidak cekap, tidak berkebolehan dan lebih dari itu, mereka yang mengamalkan rasuah,” katanya.

Menurut Mahfuz, Perdana Menteri sepatutnya menebalkan muda dan menjadi penunggu jawatannya sekarang kerana beliau sendiri sangat masyhur sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling tidak cekap, tidak berkebolehan dan lebih dari itu, gagal meminggirkan habis-habisan mereka yang mengamalkan rasuah.

Dalam ucapannya mengenai tonggak ketiga negara iaitu tadbir urus yang baik dan masyarakat sivil yang berkembang pesat, Bernama melaporkan Raja Nazrin bertitah bahawa institusi tadbir urus perlu mempamerkan dan menjana norma serta perlakuan yang cekap, produktif serta adil.

“Hanya mereka yang berkemampuan, bertanggungjawab dan benar-benar jujur saja dibenarkan menyandang jawatan pemimpin. Mereka yang tidak cekap, tidak berkebolehan dan paling penting, mengamalkan rasuah, perlu dipinggirkan secara habis-habisan,” titahnya.

Raja Nazrin juga bertitah bahawa langkah konkrit bagi mencegah amalan rasuah dan melahirkan amalan pengurusan yang berteraskan kecekapan, ketelusan serta kebertanggungjawaban, perlu diwujudkan.

“Amat penting bagi kita mempunyai pemimpin yang mempunyai keazaman yang tinggi untuk memelihara perpaduan dan tidak menggunakan agama serta semangat etnik bagi mengukuhkan kerjaya politiknya, hingga sanggup menggadai keamanan dan keselamatan,” titahnya.

Raja Nazrin bertitah bahawa jika pemimpin yang dipilih gagal berbuat demikian, maka mereka perlu bertanggungjawab dengan apa yang mereka lakukan dan dibawa ke muka pengadilan.

Sebelum itu, beliau menggariskan tiga tonggak utama dalam memastikan usaha pembinaan negara dapat dilaksanakan secara berkesan dan berkekalan, termasuk kedaulatan undang-undang serta keluhuran Perlembagaan.

Dua tonggak lagi ialah keadilan ekonomi dan sosial bagi semua rakyat serta tadbir urus yang baik serta masyarakat sivil yang berkembang pesat, titah baginda ketika menyampaikan ucap utama pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar kali pertama, di sini, semalam.

Dalam ucapan bertajuk “Cabaran dan Prospek Dalam Pembinaan Negara – Pengajaran Bagi Golongan Muda dan Bijak” Raja Nazrin bertitah, Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara ini, yang menjamin kebebasan asas bagi setiap warganegara.

Titahnya, dokumen yang digubal dengan penuh kebijaksanaan itu, memperuntukkan secara jelas, cara yang patut diambil bagi menegur dan memperbetulkan tindakan yang melampaui batas melalui pemisahan kuasa antara badan eksekutif, perundangan dan kehakiman, yang masing-masing dilindungi daripada diceroboh oleh satu sama lain.

“Sering dikatakan kebanyakan salah faham dapat dielakkan jika prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan dipatuhi secara tegas. Menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang adalah langkah paling penting,” titahnya.

Mengenai keadilan ekonomi dan sosial, Raja Nazrin bertitah, semua kumpulan dalam masyarakat, tanpa mengira etnik, agama atau gender, perlu terbabit dalam membuat keputusan yang memberi kesan terhadap kehidupan serta rezeki mereka.

“Mereka perlu ada suara dan tempat dalam semua sektor. Mereka perlu memikul tanggungjawab yang sama banyak dalam memastikan kejayaan masyarakat. Rakan untuk kita bekerja dan bermain, persahabatan yang kita jalin, jangan sekali-kali disempitkan oleh faktor etnik,” titahnya.

Raja Nazrin bertitah bahawa tanggapan, semangat kedaerahan dan sikap cauvinis, boleh dibasmi jika seseorang itu berinteraksi secara aktif dengan mereka daripada kumpulan etnik atau agama lain, sekalipun ia hanya membabitkan seorang guru, polis atau rakan sekolah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: